Berita Tergempar | Yang Berhormat Tuan Lim Eng Hock, selaku Timbalan Ketua Setiausaha (operasi) Kementarian Sumber Manusia (KSM) telah menerima memorandum daripada wakil petugas dari Syarikat Media Channel W, dimana mereka telah mendakwa bahawa mereka telah teraniaya.

YBrs. Tuan Lim menerima memorandum tersebut di perkarangan Parlimen Malaysia pagi tadi bagi pihak Kementerian Sumber Manusia.

Menurut tajuk memorandum tersebut, ia tertera “Tindakan paling tegas terhadap bekas majikan Channel W berkenaan penganaiyaan Kumpulan Petugas Media”. Namun, buat masa ini, HRNews.my tidak dapat mendapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan memorandum ini atau dari wakil petugas dari syarikat media Channel W. Selain daripada Kementerian Sumber Manusia, difahamkan bahawa memorandum tersebut juga ditujukan kepada Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.

Channel W, sebelum ini dikenali sebagai Capital TV, ditubuhkan untuk memaparkan lebih banyak program menarik yang lebih segar dan terkini, disiarkan secara langsung menerusi unifi TV tanpa bayaran tambahan di saluran 634.

Selain segmen dunia perniagaan, program lain yang disiarkan adalah topik berkisarkan perbincangan, sosial, politik, hiburan dan aktiviti kebajikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Channel W, N Azman Yusof berkata syarikat berkenaan mendapat lesen penyiaran sebagai stesen tv daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan sepatutnya turut akan bersiaran di platform baharu bersama MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Sebelum ini, Channel W telah memulakan perbincangan dengan syarikat MYTV untuk meluaskan penyiaran Channel W di platform televisyen terestrial digital (DDTV).”

Oneline Dynamics ialah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Channel W.