Sempena sambutan Hari Raya Aidifitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Adilfitri 2019.

Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada pejawat awam dan pesara Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.