PUTRAJAYA: Baru – baru ini, Sesi Libat Urus (Engagement) Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 telah dipengerusikan oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia bersama wakil-wakil majikan dan pihak-pihak yang berkepentingan sebentar tadi.

Sesi ini diadakan bagi mendapat pandangan dan maklum balas berhubung dengan cadangan pindaan kedua-dua akta tersebut.

Dijangkakan bahawa Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 akan di bentangkan dalam Dewan Rakyat seawal bulan Julai 2019.