Sejak pengumuman Perdana Menteri ramai yang tertanya-tanya berkenaan isu gaji yang bakal diterima oleh pekerja sekiranya majikan mengambil keputusan untuk menghentikan operasi syarikat untuk seketika.
Perkara ini timbul disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.
Bagaimanapun, majikan tidak boleh sama sekali untuk memotong gaji pekerja atas alasan cuti tanpa gaji (unpaid leave) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berjalan.
Pemotongan gaji hanya boleh dilakukan kepada pekerja yang memperoleh gaji melebihi RM2,000 dan juga bukan buruh.
Pekerja yang menerima gaji RM2,000 ke bawah dan pekerja buruh harus menerima jumlah gaji yang sama meskipun pekerja tersebut mengambil cuti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.
Perkata ini telah tercatat di dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji secara sewenangnya.
Jika didapati terdapat majikan yang melanggar akta tersebut, kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000.
Sekiranya perkara di bawah ini dipenuhi, penolakan gaji akan berlaku:
- Terdapat undang-undang khas yang memperuntukkan penolakan gaji dikira
- Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan
Namun, sehingga hari ini masih tiada undang-undang atau polisi untuk membenarkan penolakan gaji berlaku.
Menurut Akta Kerja 1955, tiada penolakan gaji hanya terpakai kepada pekerja yang bergaji kurang daripada RM2,000 dan juga buruh tempatan atau asing.
Pekerja yang menerima gaji melebihi RM2,000 perlu menyemak kembali kontrak pekerjaan masing-masing jika ada kenyataan peruntukan sedemikan sekiranya krisis berlaku.
Jangan risau, majikan akan berunding dahulu dengan anda untuk menyelamatkan perniagaan dan meminimumkan kerugian terutama ketika krisis sedang melanda.
Jika anda tiada dalam kontrak pekerjaan, majikan tidak boleh memaksa untuk melaksanakan penolakan gaji.
Boleh rujuk maklumat dibawah untuk penerangan yang lebih lanjut mengenai isu penolakan gaji oleh majikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.