Jika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan bahawa 1 Syawal pada hari Jumaat (21 April), maka hari Isnin (24 April) adalah cuti umum.

Sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka bakal menjelang hujung minggu ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa berita baik.

Antara yang menjadi perhatian adalah apabila beliau mengumumkan cuti tambahan selama satu hari kepada rakyat Malaysia.

Cuti kelepasan am itu diberikan berdasarkan tarikh 1 Syawal pada tahun ini ditentukan.

Jika Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan bahawa 1 Syawal pada hari Jumaat (21 April), maka hari Isnin (24 April) adalah cuti umum.

Namun jika 1 Syawal ditetapkan pada Sabtu (22 April), maka hari Jumaat (21 April) akan menjadi cuti umum kepada semua rakyat Malaysia.

Perkara ini diputuskan oleh Anwar bagi memudahkan urusan umat Islam untuk membuat persiapan hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

Tol RAHMAH Percuma Selama 4 Hari Sempena Aidilfitri

Dalam pada itu, kerajaan turut bersetuju untuk melaksanakan Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

Tol RAHMAH Percuma akan bermula dari 19 April 2023 (Rabu) sehingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin).

Pelaksanaan Tol RAHMAH Percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung.

BERITA LANJUT MENYUSUL.

-Credit to The Rakyat Post