SHAH ALAM | Kementerian Sumber Manusia menerima 24,000 aduan mengenai kebajikan dan pembuangan pekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata menterinya.

Datuk Seri M Saravanan berkata perkara itu akan diselesaikan secara berperingkat kerana Jabatan Tenaga Kerja memerlukan masa lebih panjang menyiasatnya, lapor Berita Harian.

“Kementerian memberi jaminan mengambil langkah segera bagi mempercepat dan menyelesaikan semua aduan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mendapat aduan berhubung sebahagian majikan enggan membayar Program Subsidi Upah (PSU) kepada pekerja melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) diluluskan.

Saravanan menegaskan PSU adalah hak pekerja dan sekiranya majikan ingkar pekerja boleh membuat aduan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 

 

 

©