Anda selalu tertanya bagaimana kita boleh memulakan representasi sekiranya kita telah ditamatkan kerja dengan cara yang salah dan tidak munasabah oleh majikan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia atau lebih dikenali (JPP)?

Disini, kita akan tunjukkan cara-cara yang betul untuk anda memfailkan kes anda sebagai hak seorang perkerja yang bekerja di Malaysia.

1) 60 Hari Dari Tarikh Penamatan Kerja

Sebaik sahaja ditamatkan kerja (tanpa sebab yang munasabah), anda mempunyai 60 hari dari tarikh akhir diberhentikan kerja untuk anda memfailkan kes anda di JPP. Jika dah terlepas 60 hari, anda TIDAK LAYAK lagi untuk memfailkan kes anda. Jadi, ianya penting untuk ingat poin #1 ini.

2) Cari pejabat cawangan JPP yang berdekatan dengan tempat kerja anda.

JPP selalunya akan merujuk kes – kes seumpama ini mengikut kawasan mereka. Anda boleh merujuk kepada carta organisasi seperti dibawah:-

Contohnya:-

Katakan tempat kerja anda ialah di KL Sentral, Kuala Lumpur, Pejabat JPP yang terdekat ialah JPP WP K. Lumpur.

Anda juga boleh telefon +603-8886.5460 (JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA)  atau layarilah sesawang, www.jpp.mohr.gov.my untuk pertanyaan yang lebih lanjut.

3) Borang Lampiran P1 (Representasi  Di Bawah Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967)

Bab ini penting sebab, setibanya ke pejabat JPP, anda perlu tahu apa yang nak disampaikan kepada pihak pegawai JPP. Anda boleh minta pegawai yang bertugas untuk memfail kes anda dibawah “Representasi  Di Bawah Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967”.

Pegawai JPP yang bertugas akan memberi anda “Borang Lampiran P1” yang bertajuk: Representasi  Di Bawah Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Borang ini akan diberikan secara percuma.

Ingat, anda perlu sediakan 3 salinan Borang Representasi bersama 3 salinan kad pengenalan untuk dimajukan kepada pegawai JPP yang bertugas.

Contoh Borang Lampiran P1 tersebut seperti dibawah:

4) Cara – cara untuk mengisi Borang Lampiran P1 (Representasi  Di Bawah Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967)

Bahagian I:


Bahagian II:

Bahagian III:

Akhir sekali, sekiranya kes anda telah berjaya dirujuk ke Mahkamah Perhubungan Perushahaan, anda boleh lantik seorang peguam untuk mewakili anda di mahkamah nanti.

Artikel ini disunting oleh pihak editorial dari HRNews.my.

Sumber gambar: LinkedIN.