PUTRAJAYA | YB Dato’ Haji Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Seminar dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Sempena 25 Tahun AKKP 2019 pada tahun ini yang bertemakan “Malaysia OSH: Legacy & Future Vision of Excellence” bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.

Seminar yang menghimpunkan ribuan pengamal-pengamal KKP dari pelbagai industri ini bertujuan menjadi medan untuk pertemuan profesional KKP bertukar pendapat dan wadah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan menyampaikan maklumat terkini berkaitan KKP kepada golongan sasar.