PETALING JAYA | Kementerian Sumber Manusia menyangkal dakwaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang menggesa Dewan Negara menolak Rang Undang-Undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 atas alasan tidak ada perbincangan dengan badan mewakili pekerja dan majikan itu.
Dalam respons kepada kenyataan kedua-dua badan itu, Kementerian Sumber Manusia berkata, dakwaan MTUC dan MEF yang pihaknya tidak mengadakan konsultasi dengan pemegang taruh dan tidak dipersetujui Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) berhubung cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan adalah tidak berasas.
Menurut kementerian, Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 144 menggariskan keperluan untuk mengadakan konsultasi dengan wakil majikan dan pekerja bagi perkara berkaitan aktiviti-aktiviti ILO.
“Konvensyen ini hanya menekankan keperluan untuk mengadakan konsultasi dan bukannya mendapatkan persetujuan sebagaimana yang didakwa oleh MTUC dan MEF.
“Kementerian telah mengadakan sesi konsultasi bukan sahaja dengan MTUC dan MEF, malah dengan pemegang-pemegang taruh lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara yang tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti ILO sahaja,” kata beliau.
Dengan mendakwa siri perbincangan dengan MTUC dan MEF telah diadakan sejak tahun lalu, Kementerian Sumber Manusia meminta kedua-dua badan itu memberitahu kepada rakyat Malaysia peruntukan mana dalam Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan yang dipersetujui atau tidak dipersetujui dan juga alasannya.
“Kementerian berharap dengan penjelasan ini akan menghentikan segala dakwaan tidak berasas oleh MTUC dan MEF bahawa pindaan kepada akta ini memerlukan persetujuan mereka terlebih dahulu.
There have been calls to amend the Employment Act 1955 for some time now, and after initially posting the proposed amendments for public engagement on the website of the Ministry of Human Resources, the government is now taking steps to table the proposed amendments to this legislation in Parliament. One of the many proposals is to increase maternity leave and to introduce paternity leave. But that is not the only proposal. Suffice to say, the proposed amendments, if passed in Parliament, potentially could revolutionize the employment landscape of Malaysia. Additionally, we finally have clarity on the changes that the government has made to the Industrial Relations Act, as the Industrial Relations (Amendment) Act 2019 was passed on 9 October 2019. One of the key changes is the seemingly automatic referral of matters to the Industrial Court (no discretion involved)- this may potentially result in the floodgates of industrial litigation being opened as all unsettled complaints of unfair dismissal, regardless of merits, will end up in the Industrial Court. Employers are rightfully concerned that the amendments do nothing to prevent frivolous complaints from being filed.On top of that, with Budget 2020 having just been announced, what are the employment and HR issues to look out for come year 2020 & 2021 respectively specifically on the New Minimum Wage, Extended Maternity Leave and the Increased Scope of the Employment Act 1955?This public program will address these concerns, the proposed amendments to the Employment Act, and the key changes made by the amending Act.Download our official eFlyers here:1) Updates on the amendments to the IRA 1967 and Proposed Amendments to the EA 1955: The Present vs The FutureLink: https://drive.google.com/open?id=1KtzkTjumUzalbf8BHlU6GhYnnux4AJ6X2) Implications of Employment Laws changes to HR and PayrollLink: https://drive.google.com/open?id=1f6zdGaLaKBHHrYw6VOSz_aeYsx9P0ljr
Posted by MyFreelys Academy on Wednesday, 16 October 2019
“Hanya konsultasi sahaja diperlukan sebagaimana yang telah dijelaskan. RUU ini boleh diperoleh di laman web Parlimen dan semua pihak disarankan untuk membaca dan memahami kandungan pindaan tersebut,” kata kementerian hari ini.
Kementerian seterusnya berkata, perkara penting adalah konsultasi dan tidak dinyatakan di mana-mana sekalipun bahawa “kita perlu mendapat persetujuan daripada kedua-dua anggota tripartite.”
“Malah perlembagaan NLAC menyatakan perkara yang sama sebagaimana C144 iaitu keperluan diadakan konsultasi dan bukannya persetujuan,” katanya.
Menurut kenyataan kementerian, sesi konsultasi telah dilakukan secara online melalui laman sesawang kementerian, sesi libat urus dengan pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang bukan ahli NLAC.
MTUC dakwa menteri mungkiri janji
Pada 9 Okt lalu, Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berbohong mengenai rundingan dengan pihak berkepentingan sebelum membentangkan pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan.
Beliau turut mendakwa menteri itu membuat keputusan sendiri untuk menyerahkan cadangan pindaan IRA, Akta Kerja dan Akta Kesatuan Sekerja kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapat kelulusan.
Katanya, semua cadangan yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara itu tidak diluluskan jawatankuasa teknikal atau NLAC.
Pada hari yang sama, Kula Segaran menafikan dakwaan MTUC tiada perbincangan mengenai pembaharuan undang-undang buruh, termasuk pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt.
Beliau yang menyifatkan dakwaan itu “tidak bertanggungjawab” berkata, kementeriannya mengadakan sembilan mesyuarat NLAC tahun ini dan pelbagai mesyuarat jawatankuasa teknikal sejak Januari lalu serta menemui pelbagai pihak berkepentingan.
“Saya hanya perlu mengadakan dua mesyuarat setahun dan sudah memberi keutamaan paling penting kepada rundingan tiga pihak dengan mengadakan mesyuarat ini setiap bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rundingan awam dalam talian mengenai Akta Perhubungan Perusahaan bermula Dis 2018 dan kementeriannya turut berunding dengan kerajaan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Majlis Peguam serta pelbagai badan bukan kerajaan.
Katanya, pindaan itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan kini ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Malang untuk kenyataan tidak bertanggungjawab itu dikeluarkan apabila rundingan efektif bermula Jan dan sudah berterusan selama sembilan bulan. Proses sewajarnya rundingan efektif sudah selesai.”
Susulan respons balas itu, kedua-dua MTUC dan MFE menggesa Dewan Negara RUU itu jika ia dibawa kelak.
Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan MEF menyeru Dewan Negara menolak pindaan Akta Perhubungan Perusahaan yang dicadangkan kerana Kula Segaran gagal berunding secara rasmi dengan pemegang taruh mengenai perkara itu.
“Kami terkejut menteri membentangkan cadangan pindaan itu atas kemahuan sendiri yang terang-terangan melanggar prinsip tripartisme dalam Konvensyen 144 Pertubuhan Buruh Antarabangsa,” kata beliau.
Siri perbincangan, mesyuarat
Dalam penjelasan Panjang lebar hari ini, kementerian berkata pihaknya dengan kerjasama ILO turut menjemput wakil mereka iaitu Karen Curtis, pakar dalam bidang kebebasan berkesatuan, bagi berkongsi prinsip-prinsip berkaitan perhubungan perusahaan untuk memudahkan pemahaman, yang turut dihadiri MTUC dan MEF supaya mereka memperoleh maklumat secara terus berhubung pindaan terhadap akta itu.
Selain itu katanya, satu delegasi tiga pihak di bawah tajaan ILO telah melawat Australia pada Julai 2019 bagi mempelajari sistem penyelesaian pertikaian perusahaan dan pentadbiran perburuhan di negara tersebut.
“Delegasi ini dianggotai oleh wakil Kementerian Sumber Manusia, MTUC dan MEF.
“Kementerian ingin menarik perhatian MTUC dan MEF bahawa pada tahun ini sahaja kita telah mengadakan sembilan mesyuarat NLAC untuk membincangkan pelbagai isu termasuk pindaan kepada undang-undang perburuhan.
“Wakil MTUC dan MEF telah menghadiri kesemua sembilan mesyuarat NLAC tersebut,” katanya lagi.
Selain mesyuarat itu, kata Kementerian Sumber Manusia, rekod mereka menunjukkan wakil MTUC dan MEF telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa teknikal pindaan pada 14 Jan lalu di Ipoh, Perak dan 13-14 Feb, 30-31 Mei 2019 dan 26 Ogos 2019 di Putrajaya.
“Mereka yang hadir dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal ini juga merupakan ahli yang sama menghadiri mesyuarat NLAC.”
Katanya, pegawai-pegawai kementerian termasuk dari Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, melibatkan diri dalam sesi dialog dianjurkan oleh MTUC bagi memberikan penerangan dan mendapatkan input daripada pekerja dan majikan berhubung pindaan Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Sesi dialog tersebut turut dihadiri wakil MEF yang telah diadakan di ILP Bukit Katil Melaka pada 30 Mac 2019, Perkeso Johor Bahru pada 31 Mac 2019, ILP Kota Samarahan, Sarawak pada 6 April 2019, Perkeso Kota Kinabalu, Sabah pada 7 April 2019 dan di ILP Kuala Lumpur pada 12 April 2019.
“Kami juga ingin menarik perhatian MTUC dan MEF bahawa mereka telah memberi maklum balas bertulis terhadap cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan,” katanya.
Oleh itu kata kementerian, pindaan kepada akta itu tidak dilakukan secara terburu-buru sepertimana yang didakwa kerana perbincangan telah dimulakan sejak Dis 2018.
Kenyataan itu berkata, kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan pandangan orang awam secara atas talian berhubung pindaan tanpa mengehadkan kepada anggota tripartite sahaja.
“Draf pindaan telah dibentang dan dibincang secara berasingan dengan MTUC dan MEF pada 26 Ogos 2019 di Putrajaya.
“Komen dan pandangan MTUC dan MEF telah diambil kira dan hanya setelah sebulan selepas itu, pada 26 Sept 2019, teks akhir telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan sesalinan teks pindaan tersebut juga telah dipanjangkan kepada semua ahli NLAC.
“Kementerian ingin memberi jaminan kepada semua pihak termasuk pekerja bahawa pindaan ini buat pertama kalinya adalah merupakan pindaan secara holistik bagi memastikan akta ini menuju ke arah pematuhan standard perburuhan antarabangsa,” katanya.
Kata kementerian, ia sejajar dengan janji kerajaan Pakatan Harapan untuk meningkatkan dan menambah baik perlindungan terhadap pekerja serta mengekalkan daya saing majikan.