KUALA LUMPUR | Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran pada Sesi Taklimat Rang Undang- Undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 kepada ahli- ahli yang berhormat Senator Dewan Negara yang berlangsung di Parlimen hari ini.

Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk menambah baik sistem penyelesaian pertikaian isu yang berbangkit sedia ada boleh diselesaikan dengan lebih berkesan dan pantas selain memastikan perlindungan hak pekerja di Malaysia setara dengan standard antarabangsa.

“Sehubungan dengan itu, kementerian memohon pindaan ini dilihat secara positif sebagai satu pakej yang akan memartabatkan kesatuan sekerja dalam jangka panjang dan akan memberi faedah yang besar kepada golongan pekerja”. Kata YB M. Kula Segaran, ketika berucap pada sesi taklimat itu.

Turut hadir pada Sesi Taklimat ini ialah YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YBhg. Dato’ Amir Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.