Jemaah Menteri telah bersetuju hari ini untuk menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Ministry of Expatriates’ Welfare & Overseas Employment, Republik Bangladesh bagi pengambilan pekerja Bangladesh di Malaysia.

“Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah bersetuju agar pengambilan pekerja asing dibuka untuk semua sektor, selain daripada sektor perladangan yang telah dipersetujui sebelum ini. Pengambilan pekerja asing ini akan dibuka untuk sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing iaitu perladangan, pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan pekhidmat domestik.” Kata Saravanan.

Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara untuk memperhalusi Prosedur Tetap Operasi (SOP) kemasukan pekerja asing memandangkan kemasukan pekerja asing ini akan merangkumi semua sektor pekerjaan yang dibenarkan dan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut bersetuju agar pelaksanaan levi pelbagai peringkat (Multi-tier Levy) ditangguhkan dari 1 Januari 2022 kepada 1 Julai 2022 untuk tidak membebankan majikan.” kata beliau.

 

 

 

©  The Sentral