Kerajaan memberi penangguhan bayaran balik pinjaman Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat hampir 1.5 juta peminjam seluruh negara.

“Kerajaan telah bersetuju memberi lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan RM750 juta.

“Penangguhan berkuatkuasa serta merta pada hari ini hingga 30 September 2020 dijangka memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN ,” kata Perdana Menteri dalam satu sidang media hari ini.

 

Sidang Media Khas COVID-19 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ikuti Sidang Media Khas berkenaan COVID-19 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,Perdana Menteri Malaysia.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sunday, 22 March 2020

 

 

 

©