PETALING JAYA | Penjawat awam di Selangor boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga kepada pemberhentian tugas jika enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata, bentuk tindakan tatatertib termasuk bermula daripada amaran, pemotongan gaji sehingga tindakan pemberhentian.

“Bagaimanapun mereka yang mempunyai alasan klinikal atau kesihatan oleh pakar berkaitan dikecualikan tindakan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Amirudin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima nasihat dan taklimat oleh Penasihat Undang-Undang Negeri semalam.

“Kita akan melaksanakan tindakan tatatertib kepada mana-mana penjawat awam yang secara sengaja atau tidak mahu menerima suntikan vaksin.

“Bentuk tindakan itu bagaimanapun akan ditentukan pihak jawatankuasa terlibat kelak mengikut klausa biasa yang ditetapkan,” katanya.

 

 

© FMT News